Followers

Showing posts with label ERA EDAR. Show all posts
Showing posts with label ERA EDAR. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

SUSU TEPUNG BIO-LAC



HARGA PASARAN: RM23/500GM



SUSU TEPUNG PENUH KRIM

BIO-LAC





PENTING TAHU !!

SUSU INI TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SAH HALAL OLEH PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA.BELILAH YANG HALAL UNTUK SI MANJA ANDA



Kategori: Minuman Bayi

Isi: 500 gram

Umur Pengguna : bayi dan kanak-kanak yang berumur dari lahir sehingga 3 & ke atas sahaja.





Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.

Semasa tempoh tumbesaran pada peringkat awal, bayi dan kanak-kanak akan membesar dengan cepat dari segi fizikal dan mentalnya.

Adalah amat penting untuk para ibu-bapa memastikan mereka mendapat zat makanan yang optimum demi menjaga tumbesaran dan perkembangannya secara keseluruhan.



Susu BIO LAC adalah susu tepung yang penuh khasiat yang diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran bayi dan kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas.



Susu Tepung Penuh Krim Penuh dengan zat dan mineral seperti berikut :



Kalsium

Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.



Protein

- Membantu membina dan membaiki tisu badan.



Magnesium

- Menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.



Vitamin B2

- Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.



Vitamin B12

- Diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah



Vitamin C

- Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber makanan bukan daging.



Vitamin D3

- Membantu tubuh badan memaksimumkan penyerapan mineral kalsium dan fosforus.



Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:

- Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental

- Kecergasan dan kecerdasan

- Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam

- Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi

- Membuang bahan toksid dalam badan

- Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan

- Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan



Cara Makan:

Dibancuh dengan air panas.



Cara Menyediakan:

Masukkan 3 sudu yang disediakan (30gm) susu BIO-LAC ke dalam bekas. Campurkan 200ml air masak suam. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.



Cara Simpan:

Kepit bekas dengan kejap selepas guna. Untuk memastikan kesegaran, gunakan dalam tempoh 1 bulan selepas dibuka. Simpan di tempat sejuk dan kering.



EXAMOKIDS



HARGA PASARAN: RM25/500GM



Minuman Coklat EXAMOKIDS berkhasiat untuk seisi keluarga anda.

Kombinasi serbuk koko, krimer (bukan hasil tenusu) dan garamtisu biokimia schuessler untuk rasa minuman coklat sebenar yang penuh dengan kebaikan dan khasiat



Minuman coklat dengan tambahan BTS yang berkhasiat;-

-memberi tenaga dan mencergaskan badan

-mengurangkan rasa malas dan memanaskan tubuh

-memberi kesan ketenangan

-memberi ransangan ketika belajar

-membantu penghadaman



CADANGAN PENGGUNAAN

Minum 2 kali sehari (pagi sebelum beraktiviti dan malan sebelum tidur atau belajar)

Sunday, January 30, 2011

EXAMO-CKM500



.HARGA PROMOSI : RM 56.00 TERMASUK POS

.

Kategori : Biokimia

Isi Kandungan : 450 Biji

Tempoh Penggunaan : 3 Bulan hingga 1 Tahun

Kesesuaian : Semua peringkat usia dari bayi hingga orang dewasa



.CIRI-CIRI EXAMO TULEN

http://alpha-lipid.com/banner/examo/examo_original2.jpg

* Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri produk asli (original)

.

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO – CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu

2. Lemah

3. Mengantuk

4. Sengal otot dan sendi

5. Lapar dan Dahaga

6. Marah-marah

7. Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga?

Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

1. Memberi semangat dan perangsang.

2. Beristirehat

3. Makan dan Minum

* Memberi semangat dan perangsang – Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

* Berisitrehat – Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.

* Makan dan Minum – Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang telah digunakan semasa bekerja.

.

Apa yang harus dimakan?

Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya. DEMIKIAN JUGA HALNYA DENGAN OTAK.

Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisi, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang

2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif

3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri

4. Selalu letih dan tidak bertenaga

5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu

6. Serabut fikiran dan kelesuan otak

7. Lemah daya berfikir dan rasa malas

8. Mudah lupa dan rasa jemu

9. Kurang daya tumpuan

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

.

BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?

Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

1. Memberikan semangat dan perangsang

2. Berisitirehat

3. Makan dan Minum

* Memberi semangat dan perangsang – Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti “Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.” Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnay datang dari dalam diri.

* Beristirehat – Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 1000,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

* Makanan dan Minuman – Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Apakan nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga otak? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

.

Pendapat orang

Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu.

Adakah benar pendapat ini?

Pendapat itu adalah salah.

KECERDASAN AKAL

Kecerdasan akal (I.Q) seseorang itu tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.

Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antar ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.



Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?


Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dindrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.

Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.

EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para sainti mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Megnesium Fospat bertindfak melambatkan kematian sel-sel otak ini.

Di dalam EXAMO-CKM 500 ke semua rumusan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacoposia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.

Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

.

Kesan Kegunaan

a. Meningkatkan Kecerdasan akal – Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

b. Memulihkan tenaga mental – Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain.

c. Membasmi masalah lupa – Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

.

Lain-lain kegunaan

1. Payah tidur

2. Migrain

3. Lelah

4. Kanak-kanak degil

5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah

6. Gangguan mimpi-mimpi gerun

7. Pesakit jiwa atau mental

.

Cara Makan:

Dikemam dalam mulut

Umur Kuantiti

Bayi kurang 1 tahun……………..1 biji

Kanak-kanak (1-7 tahun)……………..2 biji

Kanak-kanak (7-14 tahun)……………..3 biji

Dewasa (14 tahun ke atas……………..4 biji

.

Minggu Kekerapan

Minggu pertama……………..3 kali sehari

Minggu ke-2 dan ke-3……………..2 kali sehari

Minggu ke-4 dan seterusnya……………..1 kali sehari

*******************************************************************

.