Al-Khaira bermaksud “yang baik”. Seperti namanya, jus Al-Khaira adalah formulasi istimewa & unik bermanfaat untuk memelihara keseluruhan kesihatan dan kesegaran badan. Ia mengandungi 10 ramuan utama yang mana dikatakan makanan semulajadi yang terbaik di alam ini dan mempunyai banyak kebaikan. Ianya terdiri dari ekstrak-ekstrak delima, kurma, kismis, buah tin, badam, aloe vera, centella, madu asli, gamat dan minyak zaitun. Antara khasiat bahan-bahan ini adalah:
Delima - Salah satu dari buah yang terawal di dunia (seawall 4000 sebelum Masihi). Al-Quran ada menyebut delima adalah buah dari taman di syrga (55:68). Ia terus menjadi lambing kesuburan dan kesihatan. Ada sesetengah pihak menganggap ia adalah ‘buah ajaib’ kerana dapat membantu imunisasi badan daripada pelbagai penyakit dan juga kaya dengan antioksida dan nutrisi yang dapat membantu mengekalkan keremajaan.
Kurma - Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ia mampu member tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah tidak terkira dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ia dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus dan masalah jantung.
Kismis - Kismis adalah makanan dan manisan semulajadi, Ia dalah sumber yang baik untuk serat, vitamin dan mineral seperti vitamin B, kalsium, potassium dan zat besi. Kismis juga adalah bahan antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Ada hadis yang menyebut “Sebaik-baik makanan adalah buah zabib (kismis).” Kismis dikatakan makanan yang baik untuk minda dan memori. Ia dapat membantu mengurangkan keletihan dan menguatkan urat dan otot.
Buah Tin - Adalah juga buah terawal sejak 60 Masihi. Buah tin mempunyai kemanisan semulajadi dan serat yang tinggi yang dapat membantu system pencernaan. Ia mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium yang penting untuk mengawal darah dan tahap kolestrol serta tahap alkali yang seimbang dalam badan.
Badam - Kajian ada menunjukkan badam adalah baik untuk kesihatan dan kaya dengan serat, vitamin, mineral, antioksida dan phytochemical. Badam juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol, bernutrisi, dapat menguatkan otot dan kecerdasan, mencantikkan dan memutihkan kulit serta memperbaiki daya penglihatan.
Aloe vera - Aloe vera adalah bahan yang terkenal kerana banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk banyak penyakit seperti kencing manis, meningkatkan kandungan oksigen dalam darah di badan, mengurangkan kesakitan bengkak dan arthritis. Di dalam aloe vera terdapat komponen seperti polysaccharides, mannan dan lectin yang berkesan untuk membaikpulih luka dan kluit terbakar. Ia juga dapat mencantikkan kulit.
Centella Asiatica - Centella juga dipanggil Gotu Kola, Indian Pennywort, Pegaga dan Brahmi. Centella dapat menyegarkan otak dan system saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah.
Madu - Selain sebagai salah satu makanan sunah yang disebut di dalam Al-Quran dan hadith, madu telah lama digunakan sebagai pemanis asli dan juga untuk mengurangkan pelbagai penyakit. Juga untuk menambah tenaga dan meningkatkan stamina, serta menguatkan badan selepas sakit atau ketegangan (stress). Madu juga dapat menenangkan dan member tidur yang nyenyak, melegakan sakit perut, melegakan penyakit dan system pernafasan.
Gamat - Gamat adalah spesis laut terkenal dengan keajaibannya untuk membaikpulih luka dalaman dan luaran, ulser, sakit dada, sakit tekak, selsema dan kulit terbakar. Ia banyak digunakan oleh pesakit selepas pembedahan dan wanita selepas bersalin. Gamat telah diketahui mengandungi sel-sel untuk pertumbuhan yang baru dalam sel badan tulang, kolagen dan menyegarkan badan serta melembutkan kulit. Ia kaya dengan chondoritins, mucopolsaccharids dan lain-lain nutrisi seperti protein, vitamin A, C dan mineral.
Minyak zaitun - “Di atas buah tin dan zitun, dan Gunung Sinai” (Surah Al-Tin, 95:1-2). Istimewanya buah zaitun sehingga disebut di dalam Al-Quran, menunjukkan keunikan buah ini. Negara-Negara di sekitar Laut Mediterranean seperti Greece, Itali dan Sepanyol tahu tentang khasiat minyak zaitun ke atas tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, system pernafasan, penyakit jantung, sakit telinga, sembelit, sakit perut, kulit yang kering dan berkedut, serta mengurangkan risiko penyakit batu dalam hempedu.
TESTIMONI :
Anak saya mengalami kemalangan dan hampir 50% dari kakinya melecur akibat terbakar. Akibat kemalangan ini kakinya mengeluarkan gelembung air bisa dan bernanah. Anak saya diarahkan oleh doktor untuk menjalani satu pembedahan membuang nanah. Namun, berkat usaha saya dengan memberi minum Smartcoco A+ dan jus Al-Khaira secara intensif telah menyebabkan keadaan luka anak saya cepat sembuh dan apa yang menakjubkan dia tidak perlu menjalani pembedahan yang dijadualkan memandangkan keadaan nanah sudah kering. Saya juga telah menyapukan jus al-Khaira ini di atas luka yang dialami sebagai salah satu inisiatif untuk membantu mempercepatkan penyembuhan. Alhamdulillah usaha saya berjaya, luka anak saya semakin kering, dan anak saya tidak perlu banyak bergantung kepada ubat doktor. Walaupun anak saya mengalami trauma kesakitan, namun dia tenang dan yakin mungkin inilah kesan positif dari minuman smartcoco A+ dan jus al-Khaira.
(Puan Rosniza, Melaka)
Saya mengambil jus Al-Khaira dan mendapati lebih bertenaga, masalah yang berkaitan dengan perut iaitu sakit pada masa-masa tertentu telah tiada dan perjalanan darah haid saya mula teratur.
(Puan Rusyda)
Saya ibu kepada dua orang anak mendapati sejak meminum jus dan smartcoco A+, tidur lebih nyenyak, lebih bertenaga dan paling ketara ialah kebas-kebas di tapak tangan telah tiada dan saya amat gembira. Alhamdulilllah.
(Puan Rositah)
Mula-mula meminum smartcocoA+ dan jus saya mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Saya tetap teruskan meminumnya dan sekarang sakit-sakit badan tiada dan amat bertenaga melakukan kerja seharian. Umur saya 59 tahun.
(Puan Jariah)
Saya berumur 66 tahun dan rasa sakit lutut yang dialami sebelum ini agak berkurangan dan batuk-batuk pun telah hilang. Darah tinggi juga bacaannya adalah terkawal.
(Puan Katijah)
Smart Coco membantu mengekalkan tenaga untuk kerja harian dan Al Khaira menjaga kesihatan dalaman untuk kaum wanita. Batuk dan sakit kaki yang dialami telah berkurangan. Penyakit ulser mulut telah berkurangan dan telah mula berani makan makanan pedas. Tidur saya menjadi lebih nyenyak dan senang bangun tepat waktu Subuh. Kerja harian lebih bertenaga setiap hari. Berat badan telah berkurangan secara semulajadi kerana kadar metabolisma telah meningkat dan kadar perpeluhan telah bertambah. Kulit muka yang berjeragat dan kulit badan menjadi lebih halus. Kesan langsung kepada anak sulung saya Muhammad Haziq Irfan adalah bangun dengan cergas setiap pagi. Tahap kendiri telah bertambah dan mudah bergaul dengan kawan-kawan di sekolah. Dia dapat menumpukan pelajaran dan berani bertanya pada guru-guru di sekolah dan pelajaran sekolah pagi dan sekolah agama jaim telah meningkat dari 2a ke 4a. Hafazan ayat ayat lazim dan surah yasin dihafalkan dengan lancar walaupun masih dalam darjah 1. Anak kedua saya Muhammad Luqman Haqeem telah menjadi lebih ceria di sekolah dan tidak rasa malas lagi ke tadika lagi. Seperti abang, luqman telah berani mengangkat muka apabila bercakap dengan guru dan rakan-rakan di tadika. Sifat pemalu dan tidak pandai bergaul dengan kawan-kawan perempuan (saya tiada anak perempuan) telah dapat diatasi. Luqman gemar menyanyi nasyid, berzikir dan menghafal surah yassin sehingga ayat 35 dan bakal habiskan seluruh surah pada tahun hadapan, insyaallah. Suami saya Ahmad Zafi lebih bertenaga ke tempat kerja dan memandu lama tiada masalah lagi kepadanya. Tiada lagi komen penat dan letih apabila balik daripada outstation. Ukur lilit pinggang pun dah berkurangan menyebabkan semua bertambah sayang. Mata pun bertambah terang dan silau semasa memandu telah berkurangan.
(Puan Hasliza, Bukit Baru, Melaka)
Pertama kali menggunakan produk smartcoco dan jus al khaira,saya telah dapat kesan yang amat memberangsangkan. Untuk diri saya sendiri, saya rasa lebih bertenaga, mudah bangun pagi, tidur yang nyenyak dan minum jus pula tekanan darah tinggi saya terkawal, kebas-kebas tangan hilang serta melancarkan perjalanan haid yang teratur. Suami saya pula adalah pengidap asma tetapi sekarang beliau tidak lagi menggunakan inhaler dan lendir yang banyak keluar setiap kali beliau batuk. Badannya terasa lebih bertenaga dan cergas. Alhamdulillah. Selain itu, kesan penggunaan pada anak-anak saya: Anak Pertama (Athirah): Sebelum meminum jus al-khaira dan smartcocoA+, dia mengalami selsema dan bersin yang teruk di waktu pagi, kurang tumpuan pada arahan yang diberikan. Sejak pengambilan smartcoco A+ dan jus Al-khaira yang berterusan, saya nampak telah ada perubahan. Tiada lagi bersin di waktu pagi dan dia nampak lebih ceria dan cergas. Anak Kedua (Hakim): Hakim pula merupakan pengidap sinus di mana hidungnya tidak boleh disentuh kerana sakit tetapi setelah meminum kedua-duanya, alhamdulillah ada perubahan dan yang lebih ketara ialah dia mula ada keyakinan yang tinggi iaitu sebelum ini dia pernah dibuli disekolah. Tetapi baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa dia telah dipanggil ke bilik kaunselor kerana telah bertindakbalas terhadap budak yang telah pernah membulinya. Anak Ketiga (Aliyya): Aliyya pula sebelum ini agak pemalu dan dia akan membuat kerenah waktu bangun tidur kerana tidurnya yang sentiasa terganggu. Alhamdulillah, dia nampak sangat cergas, peramah dan rajin membantu kerja-kerja di rumah. Anak Keempat (Qayyum): Anak yang keempat ini pula, sebelum meminum smartcocoA+ dan jus al-khaira memang mula belajar bercakap. Tetapi produk ini telah membuatkan dia lebih petah dan sangat aktif. Senang menguruskannya dan amat peramah. Kesimpulannya, kami sekeluarga amat menyukai dan amat gembira dengan kesan perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga.
(Puan Hamidah, Masjid Tanah)
Hanya dengan sesudu jus Al-Khaira batuk saya berkurangan dan tekak terasa agak selesa. Rasa smartcocoA+ pula sedap dan saya lebih bertenaga.
(Azlin)
Kami sekeluarga mengamalkan minuman smartcocoA+ dan jus Al-Khaira dan saya dapati kami semakin cergas, perjalanan darah lancar dan lebih berkeyakinan.
(Asiah)
Saya mengamalkan meminum smartcocoA+ dan jus Al-Khaira semasa mengandung. Alhamdulillah saya bertenaga dan sihat melakukan kerja harian.
(Zalina)
Saya mula mengambil smartcocoA+ untuk anak saya yang berumur 17 tahun. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara ialah di sekolah dia tidak mengantuk lagi dan tumpuannya semakin baik.
(Noraini)
Penyakit resdung semakin berkurangan, badan semakin bertenaga dan mendapat tidur yang lebih nyenyak. Anak perempuan saya nampak lebih cergas dan mula menunjukkan sikap yang positif seperti suka mencuba sesuatu perkara yang ditontonnya di dalam TVIQ.
(Suhailah)
Anak saya yang berumur 3 tahun sebelum ini air liurnya sentiasa keluar bila dia melakukan sesuatu perkara dengan tekun. Sekarang semenjak minum smartcoco A+ dan jus, nampak ada perubahan di mana dia mampu mengawal air liurnya. Saya pula mendapati berat badan saya ada perubahan dan lebih bertenaga serta agak lawas bila membuang air.
(Roslinawati)
Saya mendapati badan lebih bertenaga dan tumpuan saya semakin kuat. Alhamdulillah.
(Noris)
Badan semakin ringan dan bertenaga membuat kerja seharian, tidur lebih nyenyak dan Alhamdulillah bunyi dengkuran semasa tidur semakin berkurangan. Saya harap tekanan darah tinggi saya pun ok tetapi terkini saya belum lagi pergi membuat pemeriksaan doktor.
(Suria)
10 sebab saya sekeluarga memilih Smartcoco dan Al-Khaira sebagai minuman harian.
1. Kerana rasanya yg lazat, tidak terlalu pekat ataupun terlalu manis. Tidak terasa jemu walaupun mengambilnya sehingga 3 peket sehari (Smartcoco).
2. Setelah hanya 3 hari mengamalkan Smartcoco, kulit saya terasa lebih lembut dan anjal.
3. Masalah tumit kaki yg mudah kering dan pecah telah hampir tiada.
4. Masalah resdung yg sebelum ini menyebabkan hidung tersumbat, mata menjadi panas dan berair, juga telah jelas berkurangan.
5. Tiada lagi masalah migraine, sakit pinggang atau simptom2 yg menganggu sebelum atau semasa haid.
6. Masalah eczema yg hidapi oleh anak2 juga telah tiada.
7. Dengkuran anak2 ketika tidur (disebabkan oleh masalah tonsil) tidak lagi kedengaran. Tidur mereka lebih nyenyak dan tiada lagi rungutan untuk bangun di awal pagi.
8. Peningkatan dan ketajaman daya ingatan dan kecerdasan anak2 mengkagumkan saya.
9. Minuman Smartcoco memberikan saya ketenangan terutamanya apabila saya berasa tegang, tertekan atau stress.
10.Nilai untuk wang. Pengambilan Smartcoco dan Jus A-Khaira memberi banyak manfaat kepada kesihatan saya dan keluarga. Saya mendapat nilai untuk wang saya…
(Nor Aini Haron, Masjid Tanah)
Puan Norliah (Pensyarah, Melaka) | Saya telah menggunakan produk dari Fortune Resources iaitu Jus AlKhaira dan Smart Coco untuk kegunaan keluarga saya terutama anak-anak saya. Anak saya yang pertama kerap mengalami sakit perut, selepas anak saya mengamalkan kedua-dua produk Fortune Resources ini, Alhamdulillah perut anak saya sudah tidak mengalami sakit lagi dan dari segi pelajaran anak-anak saya sekarang pun Alhamdulillah semakin meningkat dan mereka lebih fokus semasa berada di dalam kelas. Anak lelaki saya yang berumur 5 tahun sudah boleh mengaji dan membaca Yasin setiap kali selepas menunaikan solat setelah mengambil kedua-dua produk ini dan ini adalah satu keajaiban bagi saya sekeluarga. Alhamdulillah kami bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana tanpa pertolongan dari ALLAH S.W.T dan Fortune Resources ini, kami sekeluarga tidak dapat keajaiban seperti ini. Bagi diri saya sendiri, selepas menggunakan kedua-dua produk dari Fortune Resources ini saya dapat merasakan tahap imaginasi saya bagus dan saya cepat ingat apa yang saya hendak sampaikan kepada student saya dan sakit sendi dan lenguh-lenguh anggota badan pun Alhamdulillah sudah tidak rasa lagi. Ibu saya menghidap darah tinggi, selepas saya memberi kedua-dua produk ini untuk ibu saya cuba, Alhamdulillah berkesan dan darah tinggi ibu saya dah kembali stabil dan dapat membantu ibu saya dari segi fizikal dan imunisasi badan ibu saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Aida Murni merupakan pengasas Fortune Resources dan saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana tanpa bantuanNYA, saya mungkin tidak dapat dengan apa yang saya ada sekarang terutama dari segi kesihatan. |
Puan Hasliza (Melaka) | Selepas saya mencuba produk keluaran Fortune Resources ini, Alhamdulillah ada kesannya terutama dari segi tenaga, ingatan dan dapat melancarkan proses peredaran darah, saya juga memberi produk ini kepada kedua-dua anak saya dan Alhamdulillah ada peningkatan dari segi pelajaran, sekarang cikgu kelas mereka memberitahu bahawa anak saya dapat fokus dan memberi sepenuh tumpuan apabila guru mengajar di dalam kelas, dari segi pemakanan dulu kedua-dua anak saya sehari makan nasi 3 kali tapi sekarang selepas mengambil produk ini mereka tidak berasa lapar sangat dan sehari mereka makan nasi 1 kali sahaja. Anak saya memberitahu saya sendiri selepas mereka makan Smart Coco mereka berasa cergas dan tidak berasa lapar sangat seperti sebelum ini. Bagi saya sendiri, produk ini terutamanya Jus AlKhaira dapat memberi kekuatan dan semangat di dalam diri saya terutamanya dari segi pekerjaan, saya kerap pergi outstation dari pagi sampai malam, Alhamdulillah selepas saya mencuba Jus AlKhaira ini, saya tidak berasa sakit atau lenguh badan malahan saya berasa cergas dan tidak berasa letih seperti sebelum ini. Selain itu, berat badan saya pun turun sebanyak 3kg, saya pun hairan sebab produk ini bukan untuk menurunkan berat badan tetapi selepas saya menggunakan kedua-dua produk ini, berat badan pun boleh berkurangan. Jus AlKhaira ini juga bagus untuk wanita yang datang haid yang tak menentu kerana ia juga boleh memproses kitaran haid dengan betul, bagi wanita yang baru sudah bersalin juga bagus menggunakan Jus AlKhaira kerana ia dapat membantu dari segi kesihatan dan memberi kekuatan atau semangat kepada kaum ibu yang baru sudah bersalin dan dapat memproses pengedaran darah dengan lancar serta baikpulih segala luka dengan lebih cepat dan InsyaALLAH dapat menghindari dari sebarang penyakit. |
No comments:
Post a Comment